*

Tuesday, 3 August 2010

Bersiar Dengan Toyota Hiace

Salam n selamat hari selasa yang selesa..

Nak stori sikit ahh..pasal jejalan anak beranak hari minggu lepas.
Kebiasaannya bila cucu2 menyambut harijadi mereka..atok/wan nya mesti beli birthday prezen untuk mereka.Tapi sepanjang tahun ini..tak beli satu hadiah pun untuk mereka.Atok/wan sibuk sangat sampai takde masa nak pergi beli.Hujung minggu aja..memasing sibuk dengan aktiviti kami sendiri..
Memandangkan bulan Ramadhan pun dah dekat ( kebiasaannya kami berkumpul anak beranak di rumah buat makan2 ) tapi sebab jadual kita dan papa penuh pada minggu depan..jadi kita dan papa pun mengajak anak2 keluar bersantai pada minggu lepas.Sambil jalan2 cari makan dan cari hadiah..Jamak sekali..2 dalam 1..

Makan kat pizza hut di SACC...punyalah ramai orang..sampai tak cukup meja.Bila dah ramai sangat orang..services pun ada kurengg..kelam kabutlah jadinya..sampai lupa nak snap gambo..

Dalam van yang memang muat untuk kami anak beranak..8 dewasa dan 5 kanak-kanak dah cukup gamat dengan keletah cucu-cucu kita yang lucu dan nakal.Rasa bahagia sangat..melihat mereka bersama dan saling bantu membantu.Bukan senang nak kawal lima orang kanak-kanak yang tengah lasak.


~ Inilah Van Toyata Hiace yang membawa kami sekeluarga setiapkali bersiar atau jalan-jalan cari makan .  Gambar ni snap masa baru dapat kunci Van dari kedai G-Mart Bukit Subang  ~


Seronok tengok cucu2..berkejar masuk ke Toys'R'us memilih barang permainan yang mereka suka.Trand toys masa kini apa lagi kalau bukan dari koleksi Toy Story.Bukan saja cucu2 yang suka..emak bapak atok wan pun suka..hahahah..sesekali seronok jadi budak2..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..