*

Thursday, 31 July 2014

salam eidul fitri..

25 comments :
Assalamualaikum..
Salam eidul fitri maaf zahir batin..
Belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya. Minggu terakhir ramadhan tersangatlah sibuknya hingga tak sempat nak updet blogs akak dan berblogwalking ke blog kawan kawan semua..

Nak updet gambar raya pun tak bersemangat. Semangat akak  hilang entah kemana..huhu

 Ini gambar cucu cucu akak selepas dapat duit upah berpuasa dari atok mereka. Upah untuk mereka supaya bersemangat untuk berpuasa penuh sebulan..




Wednesday, 23 July 2014

rezeki raya..

42 comments :
Assalamualaikum..
selagi belum raya..selagi itulah banyak keperluan yang belum cukup.
sambil menjaga cucu sempat juga akak ke JJ Bukit Raja. mencari keperluan untuk rumah tangga yang tak bertangga..hehe
teringat pulak lama dah akak tidak meredeem point dari  Aeon..
sekali akak redeem..ahah...lebat juga nilainya..
 dapatlah RM100..yuhoo..
rezeki raya..


menunjukkan yang awal pagi akak dah sampai.time jaga cucu ni kena buat semua urusan seawal pagi..kalau lambat nanti menganggu jadual  tidur cucu pulak. kalau dah terganggu banyak pulak ragamnya.. nanti pening kepala wannya..


Tuesday, 22 July 2014

teh perasa pandan

29 comments :
Assalamualaikum..

pernah minum teh perasa pandan? 
Sedapnya...
minum pulak masa dia tengah suam suam panas..
tapi bukan teh yang sedia ada perasa pandan tau! 
tapi ada ke teh sedia ada perasa pandan?
yang akak maksudkan..buat teh perasa pandan yang kita buat sendiri..



 Masak air gula dan bubuh sehelai daun pandan. bukan daun serai ye..heheh. biasanya sekilo gula akak masak bersama 1.5 ltr air. sedang sedang jer pekatnya..

dah sejuk masuk laa dalam botol ke.. tupperware atau tipuware pun boleh. Bila masa nak buat teh, bancuh teh macam biasa..pastu masukkan air gula tadi. nanti bila ada tetamu datang takyah nak kacau sudu laju-laju dalam teko..kelenting..kelentung..kelentang..
makcik kacau jer pelan pelan..macam lenggang mak limah..hehe

 sedia untuk di minum
Sluuurrpp...wangi dan nyaman..

Monday, 21 July 2014

cerita 23 ramadhan

31 comments :
Assalamualaikum..

selepas lebih 20 hari berpuasa..baru semalam menjejakkan kaki ke pasar ramadhan. mencari sedikit juadah buat iftar. sebenarnya bukan tujuan semata-matahendak kesana..

semalam temankan anak perempuan akak menyopping last minit keperluan raya untuk Aydin. Akak pulak menyopping untuk baki2 keperluan Mr.Papa. keperluan akak awal-awal lagi dah siap..cuma keperluan rumah nak kena tachap2 sikit. kalau sempat buatlah..tak sempat tidak mengapa..
Selepas seharian bersesak dengan orang ramai di Komplek PKNS, SACC dan Shah Alam Mall memang rasa letih sangat.Tambahan sambil bergilir menjaga baby Aydin yang bambam..jadi kami bercadang nak makan secara ringkas untuk iftar nanti. papa kata teringin nak makan lemang, akak pulak teringin nak makan lontong dan anak perempuan akak kata dia nak masak spegheti  oglio olio. semuanya yang ringkas ajer..
jadi semasa di komplek PKNS tadi akak siap dah beli 5 batang lontong. balik nanti tinggal masak kuahnya saja. bahan pun memang dah sedia ada dlm petiais..
Sebatang lontong RM2.50. akak siap dah tempah 20 batang untuk hari raya nanti.
 



sebelum balik kami singgah dulu digerai lemang yang biasa kami beli di Seksyen 17 bila setiap kali raya. rendang pun dia jual sekali. Mr.papa beli rendang daging, sebab dia tahu kalau beli rendang ayam pasti akak tak makan..
harga sebatang lemang RM10. Rendang daging sebekas tu RM6. sebenarnya akak nak test try rasa sedap ke tidak rendang tu. kalau sedap boleh oder masa raya nanti. tapi Mr.Papa kata..baik awak masak ajelah rendang tu..huhu



on the way nak balik Mr.Papa lalu depan pasar ramadhan...
akak singgah dan tawap satu pasar..hehe.
tetiba akak sampai disatu gerai menjual kueh akok..
MasyaAllah..lamanya akak tak makan kueh ini..
tetiba akak rasa sebak, rasanya nak menitis airmata akak ni..
 kenapa?
tetiba akak terkenang anak perempuan akak semasa zaman remajanya..
dia sangat sukakan kueh ini. setiap kali bulan puasa inilah kueh yang di pesan pada papanya setiap kali papanya kepasar ramadhan. walau dah tinggal di asrama hingga ke universiti..setiapkali ada peluang beriftar bersama kami kueh inilah juga yang di pesannya..
selepas dia berumah tangga..selama hampir 3 tahun ini..langsung akak terlupa akan apa yang disukainya..huhuhu
kasiannya anak perempuan akak..apa yang dimakannya semasa iftar yang lepas..waktu dia berjauhan dari akak..huhu




 spagheti  aglio olio..dari air tangan Oya.reguest dari Mr.papa juga..



Friday, 18 July 2014

MH17

24 comments :
Assalaamualaikum..

Alfatihah..buat saudara muslimin dan muslimat yang terlibat dalam nahas MH17 malam tadi..

Ameen..

Pesawat MAS MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal pada mulanya di laporkan terhempas di Ukraine. Ada sumber lain pula mengatakan pesawat boeing 777 milik Malaysia Airlines itu yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu di tembak jatuh olih manusia-manusia yang tidak bertanggung jawab. Apa pun kita tunggu pengumuman cerita sebenar dari pihak berwajib.
Kenapa mesti MAS ye????
Cerita MH370 belum reda lagi..huhu

Salah seorang mangsa ialah kapten Wan Amran Bin Wan Hussin adalah abang saudara sepupu menantu sulong akak..:'(
Semuga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang soleh.. Ameen..

psst...setakat pagi ini belum ada pengesahan dari mulut isteri kapten yang suami beliau terkorban..

Thursday, 17 July 2014

tudung oh tudung..

36 comments :
Assalamualaikum..
Cuti Nuzul Quran baru-baru ni..akak n anak perempuan akak berkemas bilik. banyak sangat kain baju tak dipakai..dah sempitlah tu maklumlah  badan dah bertambah sihat walafiat.. 
walau berpuasa badan maintain cengitu..huhu
mencari idea nak buat apa dengan kain baju yang masih elok dan cantik dan boleh di pakai selalu..

mencari idea juga macamana nak uruskan kain tudung yang melambak dipasaran kat bilik nih.
kalau keluar ke mana-mana, pantang nampak tudung atau shawl mesti nak beli.
dah beli, baru pakai sekali dua dah jemulah pulak. nasib baik tudong shawl tu tak berapa nak mahal..kalau si Fareeda punya tak mampu lah harus juga makcik pakai jerlah sehelai dua yang ada tu kemana-mana makcik pergi..hehe

sambil berkemas tu sambil-sambil pandang kain langsir yang tergantung sekian lama tidak berganti.
 ting! ting! ting!
tetiba kepala akak keluar mentol..hahaha

kebetulan dalam stor ada lebih rod langsir dari Ikea yang akak tidak guna. apa lagi akak pun memaksa dan  Mr. Papa pun terpaksa rela mengerudi dinding memasang rod itu..
 ini baru sebahagian..ada lagi dalam dua buah laci. rasanya boleh dah kalau nak buka carbooth sale..



yang ini anak perempuan akak punya. walau pun baru berhijab..alhamdhulillah..koleksi tudung shawlnya sudah banyak..tidak lama lagi akan menyemak menyamai koleksi ibunya juga. selalu juga bertukar-tukar tudung dengan dia..kekadang berebut pulak nak pakai tudung yang sama..hehe

 mungkin ini pemandangan biasa disetiap rumah kan~~            

Wednesday, 16 July 2014

terlajak berlagak lah nie..

24 comments :
Assalamualaikum..

terlajak berlagak lah nie..hihihihi


 


 



celoteh musim panas..

7 comments :
Assalamualaikum..
sejak akak demam dan batuk hari tu.. tugas menyiram pokok-pokok bunga dan tanaman lain kat halaman rumah di ambilalih olih Mr.Papa. akak cuma bagi celoteh macamana nak siram pokok bila cuaca panas..
Selalunya..amat jarang Mr. Papa nak ambil tahu hal2 kerja tanam menanam dan siram menyiram ni. kali ini berlainan pula..:) .ambik berat juga dia dengan kesihatan akak rupanya..hih
hampir 15 hari juga akak tak menjengok halaman rumah. dengan cuaca panas berjerebu..akak banyak habiskan masa dalam rumah  dengan aktiviti bulan ramadhan. akak takut nak keluar rumah bimbang batuk dan selsema akak datang semula.
  pagi tadi barulah tanaman akak merasa belaian dan mandi dari air tangan akak..hehe
ala kesiannya..pokok-pokok semuanya merana dan kurus kering...

Rose prosperty, sampai dah kering..tak sempat akak menikmati keayuannya semasa dia kembang berjambak.tambahan pula musim thrips melanda..semua bunga rose jadi lebam..hangus..



tiga pokok rose ini yang masih sudi mengeluarkan bunganya..walau pun bentuknya herot pencut..akak tetap happy melihatnya.. 




akak memang tak serasi tanam bunga kertas. taruhlah baja apa dan banyak manapun ia tetap tak berbunga. kata orang bunga kertas ni tak suka air..betulke?
  rumput lebih suburkan..


dah nak tinggal arwah ni..

 ..yang ini pulak seolah terlebih makan..jadi subur sangat. bb yang keluar lebih dari 4 kaki panjangnya. mesti akarnya dah masuk kedalam tanah..selamatlah dia dari serangan kanker..
pokok pun tingginya sudah lebih dari 5 kaki..
moga cepatlah berlalu musim panas ini..supaya tanaman di halaman subur dan segar semula..

Thursday, 10 July 2014

gajet untuk dapur

41 comments :
Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..akak bertambah sihat..
baru terbuka perasaan akak untuk mengodek apa yang ada kat dapor. Bila dah sihat selera makan pun bercambah. tambahan orang kesayangan pun sama-sama bercambah seleranya..akak pun mencarilah idea,  resepi apa yang boleh membuka selera..

Haaah..gajet dapur bukan main banyaknya..tapi jarang sangat akak guna .takut pula akan kena dakwa bila di akhirat nanti...banyak barang/harta di beli..tapi tak dimanfaatkan sebaiknya..jadi akak gunakan juga sementara usia masih berbaki lagi...


 lama dah membelinya..semasa masih tinggal disini lagi. Seingat akak baru akak pakai sekali saja. Sebenarnya semua kemudahan dah ada..cuma tuanya yang leka dengan nikmat menjamu selera di kedai saja..hehe..

 jadi akak pun mencari resepi..apa yang boleh di buat dengan benda ni.
 hasilnya ada di sini..

 baru lepas blend susu dgn kurma nak buat minum masa sahur..

 gajet ni pulak akak dapat hadiah sempena besday akak february lepas. Menantu sulong akak yang hadiahkan. dia nak suruh akak minum air berkhasiat setiap harilah tu...hihi

Wednesday, 9 July 2014

apa nama kueh ini sebenarnya..jangan buat malu..

25 comments :
Assalamualaikum..
entah dari mana datangnya gambar ini..berlegar-legar dalam whatsapp group akak..
akak ni orang Muo..tapi tak pernah pulak dengar nama kueh ini!
bubuh ler nama yang elok-elok sikit, baru berselere nak makan. takkan orang Muo tak tahu makna perkataan itu..

 BUAT MALU ORANG MUAR AJE !!!!


 bila akak google..keluar gambar ini hah!


tetiba akak teringat pada acuan kueh ini. masa akak kecik-kecik dulu arwah embah akak selalu buat kueh mengunakan acuan serupa ini. Tapi kueh yang di pangil " kueh gandos " ini hanya guna bancuhan bahan tepung, kelapa parut dan garam. sama macam nak buat lempeng kelapa..dan rasanya pun hampir sama. tapi bila di bakar dalam acuan seperti itu..lain pulak rasanya..ia lebih wangi dan sedap..

Selepas arwah embah meninggal dunia, tak tahu kemana perginya acuan itu. Selalu juga menjadi bahan bualan kami adik beradik akan keenakkan "kueh Gandos" yang arwah embah buat, dan kemana dan dalam simpanan siapa acuan "kueh Gandos" tersebut..
puas juga emak bertanya pada adik beradiknya..semasa mereka masih ada, tapi tidak  ada siapa pun yang mengaku ada mengambil atau menyimpannya..
barangan dah antik..dah tinggal misteri jer..

Tuesday, 8 July 2014

Tazkirah Ramadhan

21 comments :

Untuk  tazkirah agar kita tidak menyesal apabila berlalunya Ramadhan.....
Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..'
(Forwrded msg buat renungan bsma)

Monday, 7 July 2014

demam..batuk..selsema..

24 comments :
Assalamualaikum..
diam tak diam dah lebih seminggu kita dalam bulan ramadhan..
kesihatan akak pun belum berapa pulih. bersilih ganti pula dengan Mr.Papa, batuk selsema dan demam.. dan sekarang  anak perempuan akak pulak yang demam,selsema dan batuk..

dugaan buat kami sekeluarga di ramadhan kali ini. belum sekali pun akak dapat ke surau atau masjid..begitu juga dengan Mr.Papa hanya beberapa kali saja dapat ke surau.
tapi itu semua tidaklah menjadi masaalah, di rumah pun kami boleh melakukan solat sunat terawikh, cumanya bila sudah menjadi kebiasaan..kami merasa tidak puas kalau tidak dapat berjemaah bersama jiran tetanga dan jemaah yang lain..

 bila demam..selera makan pun pun kurang..kekadang hampir tidak berselera langsung. paling banyak minum air..sampaikan semua jenis air minuman  di buat dan di beli..


tak berselera nak makan..tapi anak perempuan akak kata dia berselera nak makan udang goreng kunyit. akak dan Mr.papa pulak rasa berselera nak makan ini..
 

Friday, 4 July 2014

bubur kacang durian dan santan M&S

10 comments :
Assalaamualaikum..
baru  terasa badan ni sihat sikit..dapatlah akak kehalaman rumah ..tengok2 pokok bunga kat laman..dah seminggu akak tinggalkan tak bersiram. harapkan En. Papa aje yg buat benda tu. selalunya kalau akak sihat..takde maunya dia menyiram pokok, apatah lagi nak mencabut walaupun sehelai rumput..huhu
bersyukurlah juga..dalam keadaan akak yang tak sihat dia buat juga tanpa di suruh..

walau pun tak berapa sihat akak gagahkan juga untuk memasak juadah berbuka puasa. memang dah pasang niat tahun ini, sebolehnya akak tidak mahu membeli makanan dipasar ramadhan. cabaran buat akak sebenarnya. walaupun  hanya masak sejenis lauk dan sejenis manisan , akak tetap akan masak juga.
sudah 6 hari berpuasa..masih bertahan tak kepasar ramadhan..

semalam dah hampir petang teringin pulak nak makan bubur durian. pesan kat en.papa..balik nanti beli durian ye....

dalam rumah ni..kami berdua aja yg makan bubur kacang durian, maklum selera orang lama. anak perempuan akak tu tak suka, selera orang modenlah katakan.tunggulah nanti bila dah jadi macam akak..baru terbukak selera nak makan bubur kacang durian agaknya..hehe
akak nak layankan kat dia cara nak membuatnya. mana tau tetiba dia teringin nak makan..masa tu pulak akak dah takde. ada lah bahan untuk rujukan dia kan..

 amik kacang hijau 2 cawan, basuh bersih dan rendam sekejap. masakkan dalam rise cooker dengan 3x ganda air. masak sampai kacang kembang. simpulkan sehelai daun pandan masukan dalam periuk. masukan sedikit garam, gula, semanis gula yang di sukai dan santan secukupnya..sekotak pun dah cukup pada akak...

~~~bab santan ni pulak..akak lebih suka guna santan M&S. santan ni dah sebati kat dapur rumah akak sejak M&S lahir lagi. apapun jenis masakan yang berlemak akak gunakan dia saja, kecuali buat rendang..kenalah guna santan yang asli..

akak kalau menyopping santan M&S bukan setakat sekotak dua..kekadang sampai sedozen. malas nak berulang kekedai membelinya..lagipun senang nak menyimpannya~~~

 ..masaklah sampai semuanya sebati dan kecarian bubur tun ikut suka. kemudian masukkan durian kacau lebig kurang jer..nmpak isi durian tu macam nak tanggal dari isinya tu angkat ler..boleh hidang dan makan..





Thursday, 3 July 2014

Bonus Raya

18 comments :
 Assalaamualaikum..
 
Beberapa hari dah tak melayan suratkhabar..
jadi.. hari ni layan lah puas puas.. 

penjawat awam lagilah  puas hati..bakal mendapat bonus sebagai persiapan menyambut Aidilfitri..

PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan,  bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri juga turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan diakhbar.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.
 
* bukan sikit duit tu makcik oii!! tak kisahlah sikit ke banyak ke..janji mesti di tepati. tak ke gitu?  tapikan..syian pada kami kami yang tak  merasa.. merasa yang barangnya naik saje..yang turunnya entah bila? *

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

Private number

22 comments :
Assalaamualaikum..
Tengah syok layan suratkhabar, tetiba ada call..
Sekali tengok dari ' private number '..
Pantang bebeno makcik kalau dapat call dari privet number ni..
Kalau empunyo no ni ado kek dopan mato den, harus den hempok tipon den kek palo dio..
Pueh hati den!
Mano den tak marah..dah beberapa hari private no ni yg keluar hari hari. Pose2 ni duk ganggu nalipon, bila di angkat, dia letak. Tak di angkat pening dengar bunyi bising. Maklum sekarang ni jarang dengar bunyi tipon dah.. Main watsap watsap jer. Sunyi n amannn jer..
Kali ini akak cepat cepat angkat..

Suara gedikk di hujung talian: may i speak tu..aaa√†aaaa puan  aa√†aaaaa madem Rosinah.
Makcik tengah hot:  ye.. saya bercakap..
Suara gedikk di hujung talian: spechlesssssss..~~~~spechlessssss~~~~~ *sebijik butir apapun makcik tak paham Nak! Lidah kau melayu..janganlahhh.. kau nak telo telokan jadi lidah omputih*
Makcik tengah hot : ye!!! Ini makcik Rosinah bercakap!!!!
Suara gedikk di hujung talian: *tetiba tukar lidah melayu* ???!!!???!!!!
Makcik tengah hot : owwwww jual insuran!!!! :)))))))) nak masuk 6 series dah..insuran nakkan makcik  ke? 

Kesimpulanya..sebelum talipon tu.. kaji dulu latar  belakang prospect awak. Ni main belasah jer..

Wednesday, 2 July 2014

Me n Mr.Papa

27 comments :
Assalaamualaikum..
salam ramadhan almubarak..



Tuesday, 1 July 2014

Munajat Ramadhan

9 comments :
Assalaamualaikum..
Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
 

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam B ahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…


Akak share dari group whatsap family akak..