*

Thursday, 6 July 2017

Gambar dalam blog hilang..kenapa ye?

Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri ualls..maaf zahir dan batin..

 Membaca semula entry lama baru akk perasan ada sebahagian gambar dalam entry lepas akk hilang..kenapa ye? Boleh ke kawan2 beritahu sebabnya dan bagaimana nak dapatkan semula gambar2 tu..huhu

Walaupun dah bertahun main2 menaip dalam blog..akk ni masih lagi tahap baru belajar..huhu

 Sesekali seronok juga toleh/membaca kebelakang melihat apa yang di taip dalam blog sebelum ini. Bila tengok sebahagian gambar dah hilang..terus hilang keseronokannya. Mungkin pada orang lain apalah sangat membaca entry lepas yang entah apa2 di tulis. Tapi pada akk itulah karya yang mampu akk nukilkan buat kenangan dan mengenang moment indah semasa akk menaip entry tersebut..



Di mana sepatutnya kita simpan folder gambar utk di siarkan dalam blog. Bila di delete folder gambar tu terefect ke semua gambar dalam blog tu?

10 comments :

  1. Iye. Kalau delete or moved folder Tu mmg gambar Akan hilang sebab directory dah berubah. Kalau tukar Nama file pun sama. So kenalah update link baru atau moved balik folder tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih mamapp di atas penerangan.masaalahya akk lupa dh simpan kat mna folder tu..huhu

      Delete
  2. Kalau guna blogger plat form, semua gambar di simpan dalam Google Picasa / Google Photo. By default, semua android based devise akan sync dengan akaun Google. Hari tu, saya ter delete gambar dalam Samsung Tabs saya, habis semua gambar dalam blog saya tu terdelete juga... Jadi, kalau guna android based device tu, pastikan tak semua data di sync dengan Google product... Pengajaran buat diri saya juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu dunia user dah terkena sebab delete gambar kat Google Picasa tu...

      Delete
  3. Saya punya devices semua sync. Jadi takde masalah hilang gambar lak. Setakat ni tengok balik entry lama masih adalah...tataula kalau gatal tangan buat subfolder kat desktop.

    ReplyDelete
  4. Sayangnya kan kak yon bila gambar dah terdelete...Kenangan tu.
    Saya pun suka juga baca n3 lama yang saya tulis....Alhamdulillah setakat ni ok lagi gambar2 merapu saya kat blog.Kalau bermasalah pun saya tak tau apa2 kak yon ,kenalah org muda yg buatkan.

    ReplyDelete
  5. Ya lah Yon, sayangkan gambar2 yang hilang tu.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. sy penah kn dulu. pegi delete gmbr kt picasa habis hilang pastu serik da nk kacau picasa tu

    ReplyDelete
  8. Saya pun pernah hilang gambo dlm blog KY. Yang saya perasan saya ada delete gambo dalam hp. Mungkin gambo tu dlm folder yg ada sangkut paut dgn blog. Tapi saya dah tak ingat folder apa. Yang pasti jadi mcm KY tulah....

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..